BAB SATU
A
|
ku
memandang lantai ketika abah bersuara lantang. Aku tahu abah sedang marah.
Sangat marah!. Bukan sekali aku dimarahi beliau namun sudah berkali-kali.
Kadangkala aku sendiri terfikir siapa aku di dalam hidup mereka. Maksudku,
adakah aku merupakan anak kandung mereka. Tidak seperti layanan yang diberikan
mereka kepada kedua adik perempuanku, Nelly dan Nisha. Kadangkala, aku akan
dibiarkan berdiri di hadapan pintu rumah sendirian sebagai denda diatas
sebab-sebab yang kecil.
Aku mencari identity diri. Siapa
aku di mata mereka. Adakah aku adalah anak mereka sebagaimana Nelly dan Nisha
dan akhirnya aku telah dihantar untuk tinggal bersama nenek yang aku kenalinya
sebagai Tok Mak dengan alasan aku mempersoalkan tentang diriku adalah anak
mereka atau tidak. Itulah kedua ibubapaku. yang kadangkala terlalu baik yang
kulihat hanya untuk kedua adik beradikku yang lain. sentiasa dingin dan bengis
kepada aku sendiri.
“ Cucu Tok Mak sihat?. Lama
benar kamu tak dibawa kemari.” Ujar Tok Mak apabila melihat aku terkoyong
keluar dari perut kereta dengan beg pakaian yang sarat. Dia memeluk aku dengan
kasih dan sayang. Rambut aku diusap penuh ikhlas. Sesekali aku wanita itu
mencium ubun-ubunku. air mataku berlinangan.
Aku melihat abah berlalu pergi
setelah menyalami tangan Tok Mak. dia langsung tidak memandangku. Selepas
berbual sebentar dengan wanita itu, dia lantas bangkit lalu menghidupkan enjin
keretanya dan meninggalkan aku di rumah besar itu.
Rumah peninggalan arwah Tok Ayah
sangat besar ku kira. Menurut cerita dari Tok Mak, arwah datuk seorang pembesar
negeri. Mungkin jugak benar melihatkan peninggalan arwah Tok Ayah yang banyak
itu.
Aku mengambil keputusan untuk
merayau di sekitar kebun yang terletak dibelakang rumah Tok Mak. melilau tanpa
arah tujuan. sekejap aku mendongak ke atas. Percikan mentari petang silau
merombos dedaunan yang menutup segenap ruang angkasa. sehingga aku terdengar
seseorang yang sedang memanggil aku.
“ Woi!.”
“ Ya, kau panggil aku ke?.”
soalku.
“ Yelah; Kau lah. Kau siapa
hah?.” soal budak itu kembali. keningku terangkat sedikit. budak lelaki itu
kelihatan lebih tua dari aku kerana ketinggiannya yang jauh berbeza. memiliki
tubuh dan berisi dan padu. budak kampong barangkali semuanya seperti itu
mungkin. berkulit sawo matang dan mempunyai sepasang mata bundar.
“ Aku Danial Haikal, panggil
saja Denz.” sahutku. tangan aku hulur dengan ragu-ragu. mataku masih lagi
menilai dirinya yang tidak berbaju itu. mungkin dia sudah tingkatan tiga
barangkali.
“ Aku Lufti Imran, paggil saja
aban.” dia mengukir senyuman. aku tergelak kecil. Aban?. jauh menyimpang dari
nama sebenar. mesti ada kisah disebaliknya. getus hatiku. aku mengukir senyuman
selepas itu.
kami mula berkongsi cerita dan memulakan
sebuah persahabatan. bagi diriku, dia seorang yang tampan bagi anak kampong
sepertinya. setelah lama mengenalinya
dan keluarganya baru lah aku ketahui bahawa dia merupakan anak kepada pasangan
Luqman dan Azizah, anak saudara Tok Mak.
saban hari, kami akan
menghabiskan masa bersama. sementelah kami juga adalah satu sekolah. dia
merupakan pelajar tingkatan dua dan aku merupakan pelajar baru disitu. aku
telah ditempatkan di kelas 1M1. kelas pertama yang aku ketahui menempatkan
pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat menempatkan diri di sekolah
berasrama penuh ataupun mereka yang telah menolak tawaran untuk ke sekolah
berasrama penuh.
Blok kelasku kebetulan telah
mangadap blok yang didiami oleh Aban. hari-hariku mengalami perubahan besar
apabila aku semakin rapat dengan lelaki itu. terasa diriku dilamun bahagia
dengan sikapnya yang penuh mesra dan mengambil berat. hilang segala kesedihan
yang telah aku alami selama kini.
No comments:
Post a Comment