Popular Posts

ChatZONE

Powered by ShoutJax

Friday, 8 August 2014

#09 - E-NOVEL POTRET #05



Kouros

Aku rasa, saat papa mula melukis semula adalah apabila sepupuku Yadi mula
muncul di dalam hidup kami.
 
Aku kenal benar dengan Yadi, kerana Yadi pernah dijaga oleh mama ketika dia
kecil dahulu. Pada waktu aku masih kecil, aku telah mengingati Yadi sebagai
budak nakal yang sering mahu mencuri barang permainanku. Termasuklah
Bokbon. Bokbon juga mahu dicurinya dari aku!
Yadi adalah anak kepada adik kesayangan papa. Dia berusia dua tahun lebih
tua dariku. Yadi adalah anak sulung Mak Su ku. Budaknya nakal. Aku tak
berapa suka bergaul dengannya kerana sifatnya yang kasar.
Aku masih boleh ingat lagi, ketika aku berusia lima tahun, tatkala aku tidak
membenarkannya bermain denganku, dia pernah mengamuk lalu dia telah
menumbuk mukaku.
Sejak dari hari itu, mama telah memberitahu Mak Su ku bahawa dia tidak boleh
menjaga Yadi lagi…
Pada hari itu, Mak Su ku telah bertemu dengan papa. Dia telah memberitahu
kepada papa bahawa dia mahu mengikut Pak Su ku ke Chicago--kerana Pak
Suku ingin mengambil kursus PhD di dalam bidang fizik di sana. Lina dan Saiful,
kedua-dua orang anaknya yang lain akan dibawanya bersama ke Chicago.
Hanya Yadi yang akan ditinggalkannya di Malaysia--kerana Yadi akan
mengambil peperiksaan SPMnya pada tahun hadapan.
Mak Su telah meminta papa supaya menjaga Yadi, kerana hanya papa seorang
sahajalah difikirnya boleh menjaga Yadi. Walaupun pada fikiranku, hanya papa
sahajalah yang boleh menerima kerenah nakal Yadi.
Papa telah bersetuju untuk menjaga Yadi. Mak Su dan keluarganya akan ke
Chicago dan akan menetap di sana selama dua tahun. Ini bermakna aku
terpaksa berhadapan dengan Yadi selama dua tahun!
Yadi telah ke rumahku dengan datukku pada hari itu. Dia telah membawa
bersama beberapa buah beg besar penuh dengan pakaiannya. Aku terkejut
apabila dia mula-mula tiba di rumah kami dengan datuk. Aku dapati Yadi kini
banyak berubah dari Yadi aku kenali dahulu. Kini dia telah meningkat dewasa.
Dia kelihatan matang. Lebih-lebih lagi dengan misai dan sedikit janggut yang
disimpannya itu. Rambutnya pula ikal. Dia memakai gel rambut yang
membuatkan rambutnya basah dan melekat rapat ke kepalanya. Tubuhnya
tinggi dan tegap.

Memang layak jika kini aku memanggilnya dia dengan panggilan abang Yadi.
Kerana sejak aku kecil lagi, mama dan papa telah menyuruh aku memanggilnya
dengan panggilan abang.
Tetapi mungkin tidak. Aku hanya akan memanggilnya Yadi…
Sebaik sahaja datuk pulang ke rumahnya, papa telah menjemput Yadi makan
sebelum dia terus ditunjukkan ke bilik barunya. Aku telah duduk bertentangan
dengannya. Mataku sering bertembung dengan matanya. Aku mula dapat merasakan bahawa Yadi mungkin berfikiran bahawa dirinya adalah jauh lebih baik dari diriku. Dari cara dia memandangku sahaja aku sudah dapat membaca tentang keadaan dirinya.  

Lagipun sewaktu di meja makan, Yadi ada memberitahu kepada papa bahawa dia ada mewakili sekolahnya di dalam pasukan bolasepak.  

Budak-budak bola di sekolahku kebanyakannya sombongsombong.
 
Berlagak bagus dan terdiri dari budak-budak nakal.
 
Mungkin renungan mata tidak akan memberitahuku segala-galanya tentang dirinya. Mungkin Yadi bukan seperti budak-budak bola dari sekolahku.
 
Pada tengahari itu, seperti tengahari-tengahari hujung minggu yang lain, aku terpaksa menunggu papa menghabiskan makannya sebelum aku dapat berganjak dari meja makan. Papa akan makan dengan perlahan. Dan dia suka berbual tatkala makan.
 
Tatkala papa sedang makan, dia telah memberitahu kepada Yadi bahawa Yadi sudah pasti mempunyai banyak perkara yang boleh diajaknya berbual denganku.
 
-- Nanti kau ajak abang Yadi kau ni ke biliknya.
 
-- Baik pa.
 
Aku hanya menjawab ringkas. Seperti kebiasannya, papa akan berdiri lalu membawa pinggan dan gelasnya ke dapur. Kemudian dia akan masuk ke dalam studionya. Mengelamun buat beberapa ketika sebelum dia tidur di atas sebuah ‘day bed’ yang ada di sana sehingga petang.
 
Aku bangun tatkala papa ke dapur. Aku risau sebentar memikirkan bahawa aku terpaksa menghabiskan beberapa ketikaku dengan Yadi. Aku tidak berapa suka menghabiskan masa petangku itu dengannya. Kerana bagiku, dia seorang yang asing di dalam hidupku.
 
Dan aku tidak begitu mengenalinya walaupun dia sepupuku sendiri. 

-- Bang, saya nak tunjukkan abang ke bilik abang.
 
Aku berjalan bersama Yadi ke arah bilik tamu. Aku dapati cara dia berjalan juga lain dari caraku berjalan. Jalannya kelihatan angkuh, tegak dan penuh megah.
 
-- Biliknya di sini.

Yadi meletakkan begnya ke tepi. Aku menghidupkan kipas.
 
Kipas bergerak perlahan dan mengeluarkan bunyi. Lama ia tidakdigunakan. Mungkin sebab itulah ia berbunyi begitu.
 
Yadi berjalan ke arah tingkap biliknya. Dia membuka tingkap. Dia termenung ke arah luar. Aku lihat dia sedang mengeluh. Mungkin dia senang memikirkan tentang keluarganya yang sedang berada di perantauan.
 
Aku menepuk bahunya untuk memanggilnya. Aku dapati bahunya keras.
 
Pada saat itu, barulah aku mula sedar bahawa bahunya bidang. Tidak berani aku mengamati tubuhnya itu lagi sebaik sahaja dia memaling ke arahku.
 
-- Bilik saya di hujung sana. Sebelah kiri.
 
-- Abang tahu.
 
Dia membahasakan dirinya sebagai abang. Satu perkara yang baru bagiku.
 
--Abang masih ingat lagi ke?
 
-- Dulu bilik Zaha nampak besar gila. Rumah ni pun nampak besar. Tapi sekarang nampak biasa saja. Tapi memang besar rumah ni.
 
-- Dulu mata abang kecik. Masa saya kecik pun saya rasa rumah ni besar macam istana.
Suaraku terasa seperti ianya sedang berdengung di dalam bilik tamu yang kosong serta hambar itu.
 
-- Tapi sekarang abang dah besar…
 
Dia tersenyum nakal apabila dia menghabiskan kalimahnya yang terkahir.
Seolah-olah ada makna lain disebalik kalimahnya itu.
 
-- Tepi bilik abang ada tandas. Tak ada orang guna tandas tu, jadi abang seorang sahaja gunakan tandas tu. Tapi bila abang mandi, abang kena tutup saluran paip shower tu betul-betul. Kalau tak, air tu akan menitik tak sudahsudah.
 
-- Nanti abang betulkan.
 
Katanya dengan penuh pasti. Begitu yakin sekali bahawa dia boleh membaiki saluran paip di tandas barunya itu.
 
-- Jom tengok bilik kau pula!
 
Dia mahu melihat bilikku. Aku memandang ke arah wajahnya untuk melihat sebarang tanda jika dia mempunyai apa-apa rancangan di sebalik permintaannya itu.
 
Wajahnya tidak berubah. Sama seperti tadi. Dia menunggu aku membawanya ke bilikku.
 
Jadi aku membawanya ke bilikku. Dia tersenyum lebar. Dia mengatakan bahawa bilikku masih tidak banyak berubah dari bilikku yang diingatnya dahulu. Dia kata, Bokbon juga masih duduk terbaring di atas katilku. Dia tersenyum melihat Bokbon.
 
-- Bilik kau besar. Boleh muat dua orang.
 
-- Oh ye ke, bang. Tak tahu pulak saya.
 
-- Kalau aku tidur sini pun okay jugak.
 
Aku menggaru-garu leherku. Aku hampir-hampir tidak mahu mempercayai saranannya. Aku tidak suka berkongsi bilik. Lebih-lebih lagi dengannya.
 
-- Bilik kau ada TV. Ada video, semuanya ada.
 
-- Kalau abang nak TV, nanti saya saya ambik TV lama dalam stor. TV tu baik lagi. Cuma kami dah tak pakai lagi sebab kami beli TV baru.
 
-- Ok jugak. Tapi kau ada alat perakam video. 
  
Katanya dengan nada cemburu.
 
-- Kalau abang nak gunakan saya punya, abang ambil saja. Abang tahu pasang sendiri kan?
 
Yadi mengangguk pantas. Dia puas dengan jawapan yang telah aku berikan kepadanya.
 
Yadi kemudian menyuruh aku membawanya melihat-lihat keadaan di seluruh rumahku. Dia mahu tahu di mana aku letak kotak pertukangan. Di mana aku simpan sudu dan garfu. Dan bermacam lagi.
 
Aku tunjukkan dia segala suis yang ada di dalam rumah.
 
-- Ini pula alarm. Abang jangan lupa kombinasi nombor yang saya beritahu tadi.
 
-- Abang cepat lupa.
 
-- Nanti saya tulis atas kertas. Setiap kali abang keluar, jangan lupa hidupkan alarm.
 
-- Okay. Abang paham. Pak Long ada banyak lukisan-lukisan yang mahal yang dia simpan di dalam bilik stor di belakang rumah... Mak abang dah beritahu.
 
-- Apa yang Mak Su beritahu?
 
-- Lukisan-lukisan Pak Long berharga beribu-ribu. Mak abang dah beri amaran kepada abang supaya jangan sentuh lukisan-lukisan Pak Long.
 
-- Alah, Kalau abang nak sentuh boleh. Abang boleh tengok sendiri kalau abang nak.
 
-- Tak minatlah. Abang tak minat dengan seni.
 
Aku dah agak dah…
 
Walaupun aku tahu Yadi mahu tidur bersamaku di dalam bilikku, aku tetap tidak mengendahkan permintaannya. Yadi telah memberitahu kepadaku bahawa dia tidak suka tidur di dalam bilik tamu. Alasannya, kipas yang berbunyi menyukarkannya untuk tidur. ‘
 
Aku telah memberitahu papa tentang hal ini. Papa cepat-cepat mengantikandengan kipas yang baru. Khas untuk Yadi.
 
Yadi tidak pernah mahu mengemaskan biliknya. Aku benci memikirkan tentang kerja-kerja lebih yang terpaksa aku lakukan, semata-mata kerana Yadi kini menetap bersama kami.
 
Sejak mama meninggalkan kami, hanya aku sahaja yang mengemas rumah dan kadang-kala menyiapkan makanan untuk papa.
Pada minggu pertama Yadi duduk di rumahku, kami tak banyak berbual. Tak ada persamaan langsung diantara aku dan Yadi. Walaupun aku tahu, kami mempunyai pertalian darah. Yadi mempunyai wajah yang matang. Orangnya tinggi, sama seperti bapanya. 

Pernah sekali aku melihatnya memakai pakaian kadet tentera. Dia memang sesuai berpakaian begitu, memandangkan bahu dan dadanya yang bidang dan susuk tubuhnya yang tegap.
 
Kadang-kala aku suka melihat Yadi berpakaian uniform. Dia nampak sesuai benar berpakaian ala tentera. Lebih-lebih lagi kerana wajah Yadi yang nampak keras dan sedikit garang itu. Dia juga telah memberitahuku bahawa dia ingin menyimpan misai seperti bapanya. Pak Su ku bermisai tebal dan berjambang.
 
Kini Yadi ada menyimpan misai dan sedikit janggut. Dan di kalangan kawankawan di sekolahnya, dia dipanggil dengan panggilan ‘misai’.
 
Yadi menuntut di Sekolah Menengah La Salle di PJ. Kerana dia wakil pasukan bolasepak untuk sekolahnya, dia selalu pulang lewat petang. Bila dia pulang ke rumah, dia akan terus masuk ke dalam biliknya. Jika tidak, dia akan mencari papa, lalu duduk berbual dengannya.
 
Aku tak tahu kenapa papa begitu rapat dengannya. Mungkin kerana Yadi sering mengingatkannya kepada dirinya ketika dia muda-muda dahulu. Yadi minat bermain gitar. Dia sering membawa gitar tongnya ketika dia duduk berbual dengan papa. Dan papa pula suka mendengar Yadi bermain gitar. Kadang-kala
 
Yadi akan menyanyi di hadapan papa. Seperti orang gila, lagaknya. Tapi papa  suka kepada kegilaan yang dapat dilihatnya di dalam diri Yadi. Papa suka mendengar Yadi menyanyi. Terutamanya apabila Yadi menyanyi lagu-lagu lama
karya Dahlan Zainuddin, seperti lagu Kisah Seorang Biduan. Lagu kegemaran papa…

***

Pada satu petang, selepas penat menelaah buku pelajaran, aku telah ke dapur untuk minum air suam. Aku dapati Yadi ada di situ. Dia sedang menyediakan air kopi untuk papa.
 
-- Kenapa monyok jer nih? Tanya Yadi. Dia terus berdiri dekat di hadapanku.
 
-- Entah.
 
-- Apa pulak entah.
 
-- Penat.
 
-- Kenapa penat?
 
-- Penat belajar lah bang.
 
-- Kalau macam tu... Rileks je lah.
 
-- Nak rileks ler nih.
 
-- Kalau macam tu, Zaha tunggu sini.
 
-- Kenapa pulak?
-- Tunggu je lah!
 
Yadi membawa secawan kopi yang telah disediakan untuk papa lalu masuk ke dalam studio. Seminit kemudian dia masuk semula ke dapur untuk menemuiku. Dia membawaku ke kawasan lapang di belakang dapur. Tanah di kawasan ini agak luas. Di sini ada sebatang pokok mangga yang besar.
 
-- Abang nak buat apa nih?
 
-- Sejak aku duduk kat sini, aku selalu perhatikan pokok ni...
 
-- Jadi kenapa?
 
-- Korang tak makan mangga kat atas pokok nih ke?
 
-- Dulu bila mak saya ada, dia yang selalu ambil galah untuk petik mangga yang dah masak. Sekarang tak lagi.
 
-- Mana galah tu. Ada lagi tak?
 
-- Bapak saya dah buang. 

-- Kenapa bapak kau buang?
 
-- Apa-apa yang mengingatkan dia kepada mak saya, dia akan buang.
 
-- Oh...
 
Yadi mengeluh sambil bercekak pinggang. Aku pula memandang ke atas pokok mangga yang tinggi itu sambil memerhatikan buah-buah mangga yang sedang ranum.
 
Beberapa detik kemudian aku memaling ke arah Yadi.
 
Pada saat itu, degupan jantung aku bergegar bagai nak runtuh. Aku dapati Yadi telah membuka bajunya. Berlengging, langsung menampakkan kulit sawo matangnya itu kepadaku. Bau jantannya kini dapat kuhidu tatkala semakin dekat dia bergerak ke arahku. Mataku berkali-kali cuba mencuri-curi lihat ke arah dadanya yang bidang. Dadanya aku lihat cantik dengan adanya lurah yang nampak jelas dan dalam itu.
 
-- Abang nak panjat pokok ni.
 
Kata Yadi dengan penuh yakin. Aku tak tahu apa nak dikata. Sebelum ini tidak pernah ada orang yang memanjat pokok ini. Kini Yadi pula sedia memanjat.
 
-- Aku dah biasa dengan kerja-kerja kampung. Bapak aku orang kampung. Dia orang Muar.
 
-- Saya tahu bang.
 
-- Bapak abang orang Jawa Muar. Kalau anak Jawa tak tahu buat kerja kampung… Tak tahulah aku nak kata apa.
 
Yadi bangga dengan latar belakang keluarganya. Sebagaimana aku juga bangga dengan latar belakang keluargaku sendiri. Nama Pak Su ku, Karman. Nama pun nama Jawa. Yadi bin Karman. Jawa sangat aku dengar.
 
-- Hmm... Kalau abang nak panjat, panjatlah.
 
-- Nanti abang petik buah mangga tu, Zaha jangan lupa sambut, pulak!
 
-- Okay!
 
Kemudian dengan keyakinan dan lagak yang sering ada pada mereka yang mempunyai tubuh yang tegap, Yadi telah berjalan ke bawah pokok lalu melipatkan bahagian bawah seluah jeans lusuhnya. Langsung menampakkan bahagian betisnya yang tebal, padat dan berbulu itu. 

Kemudian dia terus memegang batang pokok untuk mula memanjat.
 
Aku agak terkejut juga melihat kelincahan Yadi memanjat. Dengan cepat dia telah sampai ke dahan yang ada banyak buah yang telah masak.
 
Ketika dia memegang dahan kayu untuk memastikan dirinya tidak jatuh, aku boleh melihat ketiaknya yang berbulu lebat. Otot-otot pada tangannya juga timbul mengeras dan bahunya kelihatan membukit.
 
Mataku hampir terpaku kepadanya, terutamanya kepada otot keras yang timbul dan terbentuk dengan cantik di atas perutnya. Tubuhnya yang tegap itu memang nampak terlalu sempurna. Tatkala Yadi membuang buah mangga yang telah masak kepadaku, buah mangga itu hampir-hampir mahu terkena kepalaku, kerana aku terlalu khayal melihatnya.
 
-- Hah, tu lah! Berangan lagik!
 
Mukaku merah menahan malu. Tatkala aku tersedar, aku dapati kelakianku keras. Aku membetulkan kedutan pada seluarku untuk memastikan Yadi tidak boleh nampak busut pada bahagian kelakianku.
 
Entah mengapa, pada waktu ini. Aku mula merasakan satu emosi yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Satu emosi yang tidak ada kena mengena dengan perasaan suka melihat kesempurnaan fizikal Yadi... tetapi rasa cemburu.
 
Aku mula menanam rasa cemburu terhadap diri Yadi! Dan sejak pada hari itu, aku mula cemburu kepada lelaki-lelaki seperti Yadi.
 
Selepas Yadi puas dengan mangga-mangga yang telah dipetiknya, dia akhirnya mengambil keputusan untuk turun dari pokok. Dia memegang dahan yang paling rendah, tergantung di atasnya seperti seekor monyet, lalu dia melompat ke tanah. Dia sempat berlagak seperti seorang ahli gimnastik. Kemudian dia menoleh ke arah aku sambil tersenyum. Dia mengambil bajunya tadi kemudian menyuruh aku meletakkan mangga-mangga yang telah dipetiknya itu di atasnya.
 
Aku menurut sahaja. Baju rumah sukan sekolah La Sallenya itu akhirnya akan aku basuh juga pada malam itu.
 
-- Dekat kampung atuk abang kat Muar, ada dusun buah… Jadi abang dah biasa panjat pokok untuk petik buah.
 
-- Abang biasa duduk kampung?
 
-- Selalu jugak. Kalau masa cuti saja, abang akan balik Muar. Abang cucu kesayangan nenek abang dekat sana.
 
-- Abang suka duduk di kampung?
 
-- Abang memang suka… Kalau di kampung, abang selalu kena tolong pakcik abang kat sana kumpul kelapa sawit. Berat jugak kerja tu. Dari pagi sampai petang abang kena kerja. Lepak abang jadinya.

Yadi mengepal-ngepal otot lengannya di hadapan aku, seolah-olah mahu memberitahuku bahawa kerja-kerja berat yang telah dilakukannya di kampunglah yang menyebabkan otot di lengannya itu besar dan pejal.
 
Yadi membawa mangga-mangga itu lalu diletakkannya di atas para dapur. Dia mengambil pisau lalu memotong kulit mangga. Dia menyerahkan hirisan buah mangga kepadaku sebelum dirasainya sendiri mangga tersebut.
 
-- Zaha duduklah dulu kat depan... tengok TV. Nanti abang sediakan mangga ini untuk Zaha.
 
Aku mengangguk. Aku berjalan ke ruang tamu. Hatiku masih berdebar tatkala memikirkan pengalamanku bersama Yadi tadi.
 
Sejak dari dahulu lagi aku tahu bahawa aku memang menyukai lelaki. Sejak dari darjah empat lagi aku sudah mula suka berkawan dan memandang kepada pelajar-pelajar kacak di sekolahku. Aku tahu bahawa perasaan yang ada di dalam jiwaku ini salah dari segi agama. Tapi sukar benar untuk aku melupakannya. Inikan pula membendungnya!

Semakin sukar rasanya kini apabila Yadi mula muncul di dalam hidupku. Lebih-lebih lagi kerana Yadi adalah sepupuku. Aku tidak mungkin boleh memikirkan yang bukan-bukan tentang sepupuku sendiri!

Mungkin lebih baik sahaja jika aku menjauhkan diriku dari Yadi…

***

Aku telah masuk ke studio papa. Studionya perlu aku bersihkan. Jika tidak, ia pasti akan berselerak. Apabila aku masuk, aku terkejut, kerana aku mendapati ada beberapa buah lukisan yang telah papa selesaikan. Ada juga yang separuh siap. Aku meneliti lukisan-lukisan tersebut. Aku dapati, kesemua lukisan ada terpapar gambar Yadi. 

Semuanya di dalam keadaan berlengging, tetapi tertutup pada bahagian sulit dengan gitar tongnya. Semua lukisan-lukisan yang aku lihat hampir serupa. Bersiri di dalam bentuk surrealistik--dengan keadaan Yadi separuh bogel terapung di udara, sambil bermain gitar dan dirinya membelakangi sawah padi saujana mata memandang.
 
Aku telah menbandingkan style lama papa dengan apa yang aku sedang lihat kini. Jika dahulu pemandangan latar papa telah dilukisnya dengan cara lebih stylistic, kini pemandangan sekeliling di dalam lukisan papa telah papa lukis dengan teknik Photo Realism. 

Papa nampaknya telah menukar caranya melukis sama sekali!
 
Tubuh Yadi yang tegap itu juga telah berjaya dilukis oleh papa dengan baik sekali. Sehinggakan aku dapat merasakan seolah-olah gambar Yadi yang telah dilukis papa boleh bernafas dengan sendirinya. Jika aku mengambil pisau lalu menoreh bahagian gambar tangan Yadi yang berurat itu, mungkin darah akan mencucur keluar.
 
Papa telah menjumpai sinar baru di dalam lukisannya. Aku mula dapat merasakan papa akan terus diingati sebagai seorang pelukis agung melalui siri lukisan yang baru dilukisnya ini.
 
-- Kau suka dengan apa yang kau lihat?
 
Aku terkejut. Papa tiba-tiba keluar dari bilik stor menyimpan bahan-bahan lukisan. Dia mengelap tangannya dengan kain yang sudah sedia kotor.
 
-- Suka pa. Cantik lukisan-lukisan baru papa.
 
-- Siri ini akan papa namakan siri Gitar Tong.
 
Papa memberitahuku. Dia mengelap tangannya yang kotor dengan cat lukisan dengan kainnya.
 
-- Papa telah pilih Yadi sebagai subjek lukisan papa…
 
Kata papa kini dengan penuh bangga. Dia menatap karya kebangaannya sambil mengusap-ngusap dagunya.
 
-- Tapi kenapa Yadi, pa?
 
-- Dia mengingatkan papa kepada skulptur Yunani... Kouros.
 
-- Kouros tu apa pa?
 
-- Kourus adalah patung seorang pemuda, tetapi Kouros tidak melambangkan seorang dewa mahupun seorang lelaki, tetapi sesuatu di tengahtengahnya.
 
Satu kesempurnaan fizikal.
 
Aku mula rasa cemburu kerana papa telah memilih Yadi sebagai Kourosnya.
 
Tetapi memang tepat pilihan papa. Kerana Yadi memang boleh dilihat sebagai Kouros di dalam siri lukisan barunya itu.
 
Kini barulah aku tahu mengapa Yadi sering bersama papa. Rupa-rupanya papa mahu dia menjadi model untuk lukisan-lukisan barunya.
 
Tanpa diduga, papa kini telah melukis semula. Papa telah melukis buat kali pertama di dalam masa dua tahun. Aku tidak tahu apa Yadi telah lakukan kepadanya, tetapi yang penting, kini papa telah melukis semula...

*** 

Yadi kini sentiasa ada di dalam fikiranku. Setiap kali dia melintasiku, aku pasti aku cuba menarik nafasku untuk cuba cium nafas bau tubuhnya. Baju yang telah dipakainya, aku akan cuba pakai. Aku ingin merasakan bagaimana rasanya menjadi manusia sepertinya.

Apa yang telah membuatnya begitu istimewa?
 
Kenapa Yadi dijadikan hampir-hampir sempurna?
 
Dan kenapa aku tidak boleh menjadi manusia seperti Yadi?
 
Aku kurang pasti jika aku membencinya ataupun menyayanginya. Yang aku tahu kini, aku cemburu terhadap dirinya. Aku mahu menjadi sepertinya.
 
Aku mahu mendapatkan tubuh sepertinya. Mempunyai sikap anak jantan sepertinya dan mungkin satu hari nanti, mempunyai seorang insan yang menyayangiku sepertinya.
 
Ternyata kini, aku langsung tidak dapat melupakan Yadi dari fikiranku…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...