Nukilan asal : Nizam Zakaria
POTRET
PROLOG
Si musang: ini adalah rahsiaku, satu rahsia yang ringkas: Hanya melalui mata
hati kita boleh melihat sesuatu dengan dengan lebih jelas; sesuatu yang nyata
tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Si Putera Kecil – Oleh Antoine de Saint-ExupĂ©ry
Jika tidak salah aku, si musang juga pernah berkata kepada si Putera Kecil…
“Kita hanya terbiasa dengan sesuatu yang kita dapat jinakkan. Manusia kini
membeli barang yang sudah tersedia di kedai. Tetapi tak ada kedai di mana
persahabatan boleh dijual beli, jadi manusia kini tidak lagi mempunyai sahabat.”
Apa yang cuba disampaikan oleh si musang ialah, persahabatan tidak boleh
dijual beli.
Di dalam hal lain, si musang mahu dirinya dijinakkan supaya ia boleh menjadi
sahabat kepada si Putera Kecil.
Aku telah berjaya menjinakkannya. Atau mungkin, dia yang telah berjaya
menjinakkan aku.
Jadi akulah si musang, dan dia Putera Kecil ku.
Atau mungkin sebaliknya. Aku sendiri kurang pasti.
***
Aku telah menurunkun lukisan yang bertajuk 'Potret Seorang Pelukis Bersama
Anak Dan Isterinya Yang Tersayang’ dari dinding bilikku. Lukisan ini akhirnya
telah papa siapkan lalu dihadiahkan kepadaku pada harijadiku yang ke-21.
Sudah lama lukisan istimewa ini tergantung di situ. Tapi pada hari ini ia terpaksa
diturunkan. Bokbon, si musang kesayanganku ada bersama untuk menolongku.
Dia tahu lukisan ini terlalu berharga buatku. Begitu juga dengan lukisan dari siri
Putera Kecil yang masih tersimpan di bawah bilik lama mama. Uncle Georges
mahu aku mengambil lukisan itu. Katanya, lukisan itu lebih baik aku bawa pulang
bersamaku dari ia dibiarkan begitu sahaja di dalam bilik mama yang telah lama
kosong itu.
diturunkan. Bokbon, si musang kesayanganku ada bersama untuk menolongku.
Dia tahu lukisan ini terlalu berharga buatku. Begitu juga dengan lukisan dari siri
Putera Kecil yang masih tersimpan di bawah bilik lama mama. Uncle Georges
mahu aku mengambil lukisan itu. Katanya, lukisan itu lebih baik aku bawa pulang
bersamaku dari ia dibiarkan begitu sahaja di dalam bilik mama yang telah lama
kosong itu.
Aku akan pulang ke tanah kelahiranku dengan Bokbon. Dia mahu aku kembali.
Lama dia menunggu kepulanganku. Kadang-kala aku hairan bagaimana dia
mampu untuk terus setia denganku setelah lebih tujuh tahun kami bersama.
Tetapi dia sanggup menanti. Si musang setiaku itu.
Penantiannya bukanlah satu penantian yang sia-sia. Kerana aku telah berjanji
untuk sehidup semati dengannya. Kerana dia adalah bokbonku. Dia adalah titiktitik
warna yang akan menjadi lukisan hidupku.
Bokbonku. Dia adalah satu-satunya manusia yang telah berjaya mengisi
kekosongan di dalam lubuk hatiku, lalu menjadikan aku seorang manusia yang
lebih sempurna.
Walaupun bunga mawarku telah lama hilang dari pandanganku, Bokbonku
masih ada lagi bersamaku.
Bokbonku masih setia bersamaku kini…
***
“Kita harus pergi”, katanya perlahan ke dalam telingaku. Seperti biasa, katakatanya
itu terus menusuk masuk ke dalam hatiku. Setiap ayat dan kalimahnya
seolah-olah akan terpahat terus ke dalam jiwaku. Aku mengangguk lesu.
Uncle Georges dan pemandunya sedang menunggu di bawah. Aku dan Bokbon
masih berada di dalam rumah. Aku melintasi bilik kosong mama. Aku terhenti di
situ. Bokbon memegang tanganku. Dia tahu aku sedih. Dia terus mendakapku.
Air mata Bokbon jatuh ke atas bahuku.
Bokbon menangis lagi keranaku.
Aku mengesat air matanya. Walaupun hatiku sebak, aku tidak menangis.
Kerana aku tidak mampu menangis lagi…

No comments:
Post a Comment