Popular Posts

ChatZONE

Powered by ShoutJax

Sunday, 17 August 2014

#12 - E-NOVEL POTRET #07





Pulang


Aku tidak mengerti apakah makna perasaan yang sedang aku alami sekarang.

Sejak peristiwa aku bersama Yadi, perasaanku dengannya langsung berubah.

Dia bukan lagi sepupu yang pernah aku kenali, tetapi seorang lelaki yangseolah-olah baru muncul di dalam hidupku.

Bukan sebagai kawan dan bukan juga sebagai lawan…

Yadi bukan kawanku, kerana aku tidak pernah mahu bergurau senda dengannya--sebagaimana yang sering aku lakukan kepada kawan-kawan aku yang lain. Jauh sekali sebagai lawan kerana aku tidak mempunyai sebarang nafsu untuk bermusuh dengannya.

Yadi kini nampaknya mahu dirinya semakin rapat denganku. Satu perkara yang aku anggap aneh, walaupun aku tidak pernah mahu menolak permintaannya untuk tidur di sebelahku atau bersiar-siar dengannya. Aneh, kerana dia tidak mempunyai sebab untuk berkawan rapat denganku. Dia sebenarnya tidak perlu sentiasa menghabiskan masanya denganku.

-- Abang tidak pernah rasa bosan dengan Zaha...

-- Tapi kenapa abang tak bosan dengan saya?

-- Sebab abang suka dengan Zaha.

-- Kenapa?

-- Sebab Zaha jambu… Zaha jambu abang yang paling istimewa.

Aku mula berasa bahagia tatkala bersamanya. Seolah-olah Yadi adalah jawapan kepada kesunyianku. Serentak itu, Yadi telah memberitahuku bahawa dia mahu menjagaku. Dan aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku juga mahu menjaganya.

Aku rasa bahagia berada bersama-samanya. Terlena terus aku di atas dadanya pada pagi itu.

Aku telah bermimpi pada pagi yang hening itu: Bahawa Yadi mahu aku menjadi sebahagian dari dirinya. Bahawa Yadi dan aku adalah satu. Bahawa apa sahaja yang kami lakukan adalah sesuatu yang suci tidak bersalahan sama sekali…

***

Pada pagi itu Yadi mengejutkanku dari lamunanku. Aku menggosok-gosokkan mataku. Dia tersenyum. Dengan penuh manja dia menggosok-gosok kepalaku.

Dia memegang tanganku. Dia seolah-olah mahu aku cepat bingkas dari ranjangku. Aku ikut sahaja tanpa banyak soal.

Kali terakhir dia melakukan perkara yang sama kepadaku adalah tatkala dia ternampak beberapa ekor monyet sedang merayau-rayau di belakang kawasan rumahku.

Buat beberapa ketika aku teringatkan kepada mimpiku semalam. Aku menarik nafasku panjang-panjang. Entah mengapa aku terasa sayang kepadanya. Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya perasaanku ini.

-- Kenapa ni?

-- Adalah…

-- Pukul berapa ni?

-- 9 pagi.

-- Awal lagilah!

Aku ingin kembali tidur. Aku mahu mengingati mimpiku semalam dan kalau boleh menyambung kembali mimpiku semalam. Itupun kalau boleh. Kalau tidak boleh, apa-apa mimpi pun jadilah.

-- Bangunlah!

Yadi meletakkan mulutnya betul-betul di tepi pipiku. Aku dapat merasakan kehangatan nafasnya. Sekali lagi aku membuka mataku. Dengan sengaja aku memegang perutnya yang berulas seperti durian masak itu.

Kelakianku yang sememangnya keras pada pagi itu berdenyut-denyut dengan sendirinya.

-- Dah, jangan gatal.

-- Jadi abang nak apa?

-- Abang tak nak projek pagi-pagi ni, tapi…

-- Tapi apa?

Aku berdecit. Yadi memegang tanganku. Aku mengikut sahaja. Dia mengheretku keluar sehingga ke muka pintu. Dia menyarankan aku supaya melihat ke luar tingkap.

Aku terkejut dengan apa yang dapat aku lihat.

-- Mama!

-- Abang nampak Mak Long tunggu kat luar rumah bila abang nak ambik
surat khabar tadi. Dia kata dia nak jumpa Zaha…

Aku berlari mendapatkan mama di depan pintu pagar. Mama berjalan perlahan ke arahku. Wajahnya tetap cantik. Malah lebih cantik dari ingatanku.

Seperti pelakon filem lama, lagaknya.

-- Mama, kalau papa nampak mama di sini, dia akan marah.

Aku memberitahunya perkara yang dia sudah sedia maklum. Dia tersenyum manis.

-- Mama tahu…

-- Bila mama sampai sini?

-- Malam tadi.

-- Kenapa mama pulang ke sini?

-- Mama rindu dengan kamu…

-- Tapi ma, papa tak suka kalau kita bersama.

-- Mama tahu, Zaha.

Aku dapat melihat kekecewaan terlukis pada wajahnya. Aku tak tahu jika dia kecewa terhadap papa ataupun terhadap dirinya sendiri.

-- Zaha nak ikut mama?

-- Ke mana ma?

Aku begitu mengharap mama akan membawaku pulang ke Paris. Aku mahu ke sana bersamanya. Aku mahu hidup bersamanya. Bukan kerana aku bencikan papa atau tidak menyayanginya. Tapi kerana aku memang mahu hidup di samping mama. Kerana aku lebih sayangkan mama dari segala-galanya.

-- Zaha ikut mama bercuti.
-- Boleh ma. Lagipun, kan mama tahu sekarang musim cuti sekolah.

-- Mama tahu. Sebab itulah mama ke sini.

Mama tersenyum. Aku menoleh ke belakang. Aku dapati, Yadi berada di muka pintu.

Dia tersenyum. Kemudian dia merapati mama. Dia bersalaman dengan mama, ibu saudaranya sendiri. Aku hampir-hampir terlupa akan hubungan Yadi dan mama. Aku hampir terlupa bahawa ketika kecil dahulu, mama telah menjaga Yadi tatkala ibu dan bapanya keluar bekerja.

Jadi mama memang rapat dengan Yadi. Walaupun aku tahu mama tidak suka Yadi membuliku ketika aku kecil dahulu.

Tidak dapat aku bayangkan apakah yang mama akan fikirkan jika aku memberitahu kepada mama bahawa sekarang aku tidak lagi membenci Yadi seperti dahulu. Tapi aku mungkin menyayanginya.

Kini mama memuji Yadi kerana kini Yadi telah dilihatnya menjadi seorang pemuda yang kacak dari pandangan matanya.

Aku menoleh ke arah Yadi. Aku tidak pernah melihat kekacakan yang ada pada dirinya. Mungkin aku tidak pernah memandangnya di sudut itu. Aku menarik nafasku panjang-panjang.

-- Ma, saya nak masuk dalam kejap… nak salin baju. Mama tunggu sini ya?

Mama mengangguk. Yadi membuka pintu pagar. Perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengejutkan papa, walaupun dia tahu papa selalu tidur mati.

Mama sedang menunggu di luar. Aku pula cepat-cepat memasukkan barangbarang keperluan serta baju-bajuku ke dalam beg galasku. Yadi masuk ke dalam bilik untuk memerhatikanku.

-- Berapa lama Zaha nak pergi ikut mak Zaha?

-- Tak lama… Entahlah, bang…

-- Kalau abang nak ikut sama, boleh tak?

-- Tak boleh!

Jawabku dengan cepat. Aku menoleh ke arahnya. Dia kelihatan sedikit kecewa. Dia menelan air liurnya sendiri.


-- Tapi sekarang kan musim cuti sekolah.

-- Tak boleh lah bang. Abang duduk sini sajalah.

-- Kalau abang duduk sini sorang-sorang… Boringlah!

-- Kan papa ada… Abang temankan dia, okay?

Aku sengaja menyarankan. Yadi nampak kecewa. Dia mengeluh panjang.

-- Kenapa abang nak ikut saya?

-- Abang tak mahu duduk sendiri kat rumah ni.

-- Pasal tu aja ke?

-- Bukan pasal tu saja.

-- Jadi kenapa?

Dia tak mahu menjawab. Terasa serba salah dia mahu memberitahuku.

-- Boringlah kalau Zaha tak ada.

Itulah alasan yang diberikan.

-- Alah, saya pergi sekejap aja.

-- Aku nak ikut… boleh lah!

Yadi merayu lagi. Aku tak mahu dia ikut sama kerana aku mahu menghabiskan masaku dengan mama tanpa gangguan orang lain. Aku tahu jika Yadi menanyai soalan yang sama kepada mama, pasti mama tidak keberatan untuk membawanya bersama.

-- Saya janji tak akan cuti lama-lama.

Kataku, walaupun di dalam hati, aku menyimpan cita-cita untuk mengikut mama pulang ke Paris.

Yadi mengeluh lagi. Dia merapatiku. Dia mencium dahiku. Aku cuba mengelak.

Dia hanya dapat mencium tepi dahiku. Aku tak tahu kenapa aku mengelak.

-- Kalau Zaha tak ada… boringlah.

-- Abang pergi jumpa kawan abang… Lepak-lepak rumah diorang ke…

-- Diorang lain. Abang tak sayang dengan diorang tu semua. Dengan Zaha abang sayang…

Aku masih tidak faham mengapa Yadi begitu sayang kepadaku. Itulah satu perkara yang tidak mungkin dapat aku fahami mengenai dirinya itu.

Aku keluar dari bilikku. Dia memegang tanganku seolah-oleh tidak membenarkan aku keluar. Dia kemudian menarik tanganku lalu terus dia mendakapku. Dia membisikkan sesuatu ke dalam telingaku. Aku tidak faham apa yang dibisikkannya. Suaranya terlalu perlahan kudengar.

-- Jangan pergi lama sangat…

-- Saya tak boleh janji bang.

Aku melepaskan diriku dari dakapannya. Aku terus keluar untuk mendapatkan mama. Aku menoleh ke belakang. Aku dapati Yadi tidak mengekoriku keluar…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...