Potret Seorang Pelukis Bersama Anak dan Isterinya yang Tersayang
Aku masih ingat lagi kepada saat-saat papa memanggilku ke dalam studionya. Pada ketika itu aku masih lagi berusia 11 tahun. Pada ketika itu, aku masih tak banyak berfikir. Aku masih kurang matang. Aku masih hidup di dalam dunia fantasiku sendiri bersama Bokbon, musang ajaibku.
Kehidupanku penuh dengan dunia angan-angan. Kalau boleh aku mahu sentiasa begitu. Aku tak mahu menjadi seorang dewasa. Kerana kebanyakan orang dewasa yang aku kenali sering sahaja bertengkar sesama sendiri.
Aku rasa, orang dewasa hanya memikirkan tentang perkara-perkara yang remeh. Seperti datuk yang terlalu memikirkan tentang permainan golfnya dan nenek pula tentang barang kemas yang dibelikan oleh datuk. Apabila mereka berbual tentang sesuatu yang penting, mereka akan cepat bosan. Mereka aku lihat, takut untuk membuka hati mereka untuk berhadapan dengan perkaraperkara penting di dalam kehidupan; lalu, mereka memilih untuk hanya melihat keadaan luaran dunia mereka.
Mungkin mama dan papa sering bertengkar kerana mereka tidak mahu membuka hati mereka untuk mencari punca mengapa mereka bertengkar. Aku tidak mahu menjadi seperti papa yang selalu sahaja bertengkar dengan mama.
Papa dan mama sering bertengkar. Tetapi jika mereka tidak bertengkar, mereka saling sayang-menyayangi. Kata mama, papa seorang yang panas baran. Dan mama sering mengakui dia juga degil. Papa sering naik marah setiap kali mama membebel. Banyak kali aku dengar papa akan menyuruh mama diam, tetapi mama akan terus membebel sehingga papa naik angin.
Tapi masalahnya, aku paling takut ketika melihat mereka diam. Kadang-kala mereka akan diam sepanjang masa, tapi aku pasti mereka sedang bergaduh. Padaku, keadaan mereka tatkala diam adalah lebih teruk dari keadaan mereka tatkala bising bertengkar. Kerana aku benci saat-saat aku terpaksa menunggu perang di antara mereka meletus lagi.
Kenapa papa kadang-kala bergaduh dengan mama? Adakan dia membenci mama? Mama sayangkan papa; mungkin papa yang tidak sayangkan mama.
Apa salah mama?
Sikap panas baran papa memang tidak kenal batasannya. Dia akan memecahkan segala-galanya. Kecuali lukisan-lukisannya. Dia terlalu sayangkan karya-karya seninya sehingga kadang kala, lukisan-lukisannya sahajalah yang tidak terusik ketika dia mengamuk.
Walaupun begitu, papa tidak pernah sekali-kalipun menyentuh mama ketika dia sedang marah. Dia tak akan melakukan sesuatu untuk menyakiti mama. Papa cepat marah, dan cepat juga dia akan kembali tenang. Mama ternyata telah terbiasa dengan perangai papa, yang dikatanya telah dikenalinya sejak minggu pertama mereka bertemu.
Mungkin kerana aku mahu melarikan diriku dari terpaksa terperangkap di tengah-tengah pertengkaran papa dan mama, aku akhirnya mencari hobi. Semuanya bermula apabila aku menonton sebuah rancangan silap mata di kaca TV. Rancangan itu ada menunjukkan bagaimana ahli silap mata boleh hilang setelah dia masuk ke dalam sebuah kotak ajaib.
Jadi aku mahu menjadi sepertinya. Dapat hilang begitu sahaja jika dia berhasrat
untuk hilang. Aku dan pembantu khasku Bokbon yang boleh hilang terus dari dunia ini lalu muncul di dalam sebuah dunia baru di mana papa dan mama hidup bahagia tanpa terus bertengkar sesama sendiri.
untuk hilang. Aku dan pembantu khasku Bokbon yang boleh hilang terus dari dunia ini lalu muncul di dalam sebuah dunia baru di mana papa dan mama hidup bahagia tanpa terus bertengkar sesama sendiri.
Aku mahu belajar menjadi seorang silap mata. Aku mahu mempunyai kotak ajaib aku sendiri yang boleh menghilangkan aku dan Bokbon jika mama dan papa bergaduh lagi tanpa sebab!
Jadi aku jadi ahli silap mata. Papa dan mama kadang-kala suka melihatku mempamerkan kebolehanku bermain silap mata. Semalam aku boleh mengeluarkan duit syiling dari telinga mama. Papa ketawa. Mama gembira. Kawan-kawanku pun suka. Mereka mula memanggilku dengan panggilan ‘Din Magic’.
***
Mama pernah memberitahuku bahawa papa memang nakal orangnya ketika dia di Paris dahulu. Papa sering mengusik mama dan aunty Monique. Tetapi pernah sekali apabila aunty Monique mengusiknya, papa terus mengamuk lalu memarahinya.
Papa memang tidak suka dirinya dipersendakan. Papa ego, kata mama.
Walaupun begitu, mama terus menyayangi papa di dalam keegoannya ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa.
Aku tak tahu apa yang mama lihat yang ada di dalam diri papa sehingga mama telah menyintainya dengan sepenuh jiwa dan raganya.
-- Mak suka papa sebab dia hensem ke, ma?
Pernah aku tanya soalan ini kepada mama. Mama menggeleng sambil tersenyum.
-- Mama sayang kepada papa kamu kerana, papa kamu sering mengingatkan mama bahawa diri mama ini istimewa.
Dalam beribu-ribu bunga mawar yang boleh dipilih papa, papa telah memilih mama sebagai bunga mawarnya.
***
Aku masuk ke dalam studio papa pada subuh itu. Papa memang suka melukis pada waktu subuh. Menurutnya, pada waktu-waktu seperti ini, suasana sepi. Dia suka melukis ketika suasana sunyi dan sepi seperti ini. Aku memandang kepadanya. Dia tersenyum kepadaku. Dia menyuruhku melihat apa yang sedang dilukisnya. Aku berdiri di belakangnya. Di atas kanvas, aku boleh melihat papa sedang melukis gambar kami sekeluarga. Gambar aku, papa dan mama. Pada detik kali pertama aku melihat lukisan separuh siap itu, aku sudah tahu bahawa lukisan ini istimewa. Kerana sebelum ini, papa tidak pernah melukis potretnya sendiri. Inikan pula gambar kami sekeluarga.
-- Kau tahu aku ambil tema lukisan ini dari mana?
-- Dari Madama Butterfly.
Papa terus tersenyum setelah mendengar jawapan yang telah diberi olehku tadi. Dia memegang pipiku. Dan seperti biasa, kesan cat akan tertinggal di atas pipiku. Aku mengesat kesan cat itu.
-- Papa mengambil watak Pinkerton dan mama pula Cio-Cio-San... Kau pula, Trouble anak kami.
Aku meneliti lukisannya yang mengambarkan papa memakai pakaian tentera laut Amerika Syarikat. Mama memakai kimono. Dan aku pula digambarkan masih kecil, didukung mama dan dibelakangi suasana di Nagasaki pada awal abad keduapuluh.
-- Kau suka dengan lukisan ini?
-- Suka!
-- Aku tahu kau suka... Madama Butterfly memang menjadi kegemaran kau sejak kecil lagi.
-- Mama pun suka!
Papa ketawa kecil mendengar luahanku tadi.
-- Mama selalu memainkan lagu opera Madama Butterfly semasa kau di dalam perut dia lagi. Mungkin pasal itulah kau minat sangat dengan Madama Butterfly.
-- Agaknya, pa...
Aku setuju dengan kata-kata papa. Memang opera Madama Butterfly sering membuat diriku tenang. Aku senang mendengar opera Puccini itu berkumandang di dalam bilikku semasa aku bersendirian.
-- Aku akan hadiahkan lukisan ini kepada kau bila ia siap kelak bulan depan.
-- Untuk apa pa?
-- Untuk hadiah harijadi kau ke 12 tahun.
Aku tersenyum gembira. Aku mendakapnya lalu mencium pipinya. Papa menggosok-gosok rambutku lalu mengatakan bahawa aku terlalu manja. Terlalu manja untuk seorang budak lelaki yang akan naik ke usia 12 tahun tak lama lagi.
-- Hari ini kau tak pergi ke mana-mana dengan mama?
-- Tak.
-- Kau tak keluar dengan kawan-kawan kau?
-- Tak. Lepas kuliah subuh saya terus balik ke sini. Nak tidur... Lepas tu main game Nintendo. Dan tengok TV.
Papa mengeluarkan dompetnya. Lalu dia mengeluarkan wang sebanyak seratus ringgit. Kemudian dengan selamba dia menyerahkan wang sebanyak itu kepadaku.
-- Nah ambil... Buat belanja.
-- Tak apalah pa.
Papa memasukkan duit pemberiannya ke dalam kocek baju tidurku.
-- Sekali sekala apa salahnya.
Papa tahu mama tidak suka aku mendapatkan duit perbelanjaan darinya. Mama tidak suka melihat aku membiasakan diriku dengan banyak berbelanja. Mama juga sering menggalakkan aku untuk berjimat. Katanya, dia berasal dari keluarga yang susah, bukan seperti papa. Anak seorang saudagar getah.
-- Terima kasih pa!
-- Kalau kau tak mahu belanja duit tu, kau simpanlah.
-- Baik pa.
Papa kembali melukis. Dengan penuh tekun dia melukis. Aku melihatnya melukis buat beberapa minit sebelum aku meminta diri untuk ke bilikku.
Sewaktu aku mahu ke bilikku aku melintasi kamar mama dan papa. Aku menjeling sebentar ke arah kamar mereka. Di sana aku dapat melihat mama sedang menangis di dalam gelap. Semalam papa dan mama baru sahaja bertengkar. Kalau tidak salah aku, mereka telah bertengkar mengenai borang cukai pendapatan yang masih belum disiapkan oleh papa. Mereka berdua sering bertengkar mengenai perkara-perkara kecil seperti ini.
Aku terus berjalan ke arah bilikku. Aku tidak mahu mencampuri urusan mama dan papa. Tapi inilah kali pertama aku melihat mama menangis seorang diri begitu.
Di dalam bilikku, aku mandi. Kemudian aku mengambil Quran kecil kepunyaanku, lalu memasukkannya ke dalam beg sandangku. Aku melintasi kamar mama dan papa. Aku dapati mama tiada di situ lagi.
Aku terus mendapatkan basikal untuk ke masjid. Dari luar aku dapat mendengar mama sedang bertengkar dengan papa pada subuh yang hening itu.
Mama dan papa bergaduh lagi. Perlu ke aku bersuara untuk mengatakan pendapatku?
Aku tidak pasti jika semua ibu dan bapa kawan-kawanku bergaduh seperti papa dan mama. Mungkin tidak. Kerana mereka, aku telah mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin, kerana aku tidak mahu bergaduh seperti papa dan mama. Lebih baik sahaja aku hidup tanpa bertengkar dengan sesiapa. Hidup aku pasti aman bahagia. Tapi papa pernah berkata, wanita terlalu inginkan kesempurnaan di dalam diri lelaki. Dan papa sering akui bahawa dia bukannya seorang lelaki yang sempurna. Dan aku juga bukan seorang yang sempurna. Jadi apa yang sebenarnya wanita mahukan dari lelaki?Apa yang mama mahukan dari papa?Adakah mama benar-benar mencari kesempurnaan di dalam diri papa?
Mama
…jangan tanya kepada mama apa yang wanita mahukan dari lelaki…Tanya kepada
papa…
Papa
…
Mama
…lagi-lagi tanya mama? Semuanya dari mama. Bila silap, salahkan mama… Kamu lihat
perangai papa kau tu?
Papa
…itulah jawapan yang akan diberikannya
Mama
…tanya kepada datuk. Mungkin dia tahu jawapannya…
Datuk
…
Nenek
…
Papa
…apa yang mama mahu dari papa?Tanya kepadanya…
Mama
…Cinta. Mama hanya mahukan cinta yang ikhlas dari papa. Cinta tanpa berbelah bagi.
Papa
…aku sudah cukup berikan cinta kepada mama…Cinta aku ikhlas kepadanya.
Mama
…
Papa
…mungkin mama mahukan lebih dari cinta…Wanita terlalu berat menghukum lelaki jika
apa yang dimahu mereka tidak dapat diberikan lelaki!
Mama
…tak ada apa-apa yang aku mahukan selain dari cinta…
Papa
…tujuan kita bersama adalah kerana kita bercinta… Kemudian kita berkahwin… Dan
Zaha adalah hasil cinta kita…
Mama
…dan kemudian kita bertengkar. Bergaduh tak sudah seperti sekarang?
Papa
…aku marah bersebab…
Mama
…perlu ke cinta yang diberikan kepada ku ditancapkan dengan duri sentiasa?
Papa
…cinta perlu ada pengorbanan…
Mama
…mungkin, selagi adanya cinta, mesti ada kesengsaraan.
Papa
…aku tak mahu hidup tanpa cinta. Tanpa kau di sisiku.
Mama
…jadi, pendek kata, cinta memang perlukan kesengsaraan…
Akhirnya, itulah yang dapat aku pelajari dari papa dan mama. Satu, papa tidak mampu meneruskan hidupnya tanpa cinta dari mama dan kedua, cinta perlukan kesengsaraan!

Borgata Hotel Casino & Spa - jtmhub.com
ReplyDeleteCasino. Hotel. Casino. Casino. Casino. 익산 출장마사지 Hotel. Casino. Hotel. Hotel. Casino. Casino. 인천광역 출장안마 Hotel. Casino. 오산 출장안마 Hotel. Casino. Hotel. 전라남도 출장안마 Casino. Hotel. Casino. Hotel. Casino. 창원 출장안마
Goyang Casino Hotel - Las Vegas
ReplyDeleteGoyang Casino 토토 사이트 모음 Hotel is the official name of 출장안마 the property for its gaming facilities in the aprcasino resort Las Vegas. https://septcasino.com/review/merit-casino/ The resort's gaming floor, casino, goyangfc.com and spa are